Friday, 17 January 2014

Yang Terlalai Hilang Arah | Yang Tergadai Hilang Maruah

 (Ruang Terbatas. 
Peluang Terlepas)





ILHAM MINDA 88
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DENDAMAN RASA DENDAAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

21
Yang taat kerana nasihat dan yang se-
tia kerana percaya.


22
Salah hitung kena tanggung dan sa-
lah kira kena denda.

23
Tersalah hitung jadi murung dan ter-
salah bilang jadi malang. 


24
Yg berkhayal mudah terjual dan yg
terlalai mudah tergadai .

25
Yang terlalai hilang arah dan yang
tergadai hilang maruah
.

26
Sekali terleka peluang telepas dan
sekali tercela ruang terbatas.
   
27
Memijak meninggalkan jejak dan 
berlalu meninggalkan bau.

28
Yang peramah tenang tetapi yang
pemarah tegang.

29
Pemurah rezekinya mudah tetapi
pemarah rezekinya payah.


30
Kalau bebas terbabas dan kalau
 ingkar tersasar.



 
Aram 88(c)
Teratak Seriterai


No comments:

Post a Comment