Tuesday, 17 December 2013

Minat Tak Penat Walau Susah | Asyik Tak Serik Walau Payah

(Tua Terbuka.
Muda Berahsia)





ILHAM MINDA 78
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DENDAMAN RASA DENDAAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

21
Marah tua marah beralas tetapi ma-
rah muda marah berkeras.


22
 Yang tua bahasa terbuka tp yang mu-
da bahasa berahsia.

23
Yang berpaling tersentuh hati tp yg
menjeling jatuh hati.


24
Jeling yang tua mendalam tp jeling-
an yang muda mengancam.

25
Tua berucap ttg kebenaran tp mu-
da bercakap ttg kegemaran.


26
Yang tua beramah mesra tp yang
muda ramah berahsia.

27
Sama matlamat berganding tp be-
za matlamat bersaing.


28
Tanpa matlamat hilang panduan dan
tanpa minat hilang tumpuan.

29
 Tabah tak kalah bertanding dan
cekal tak gagal bersaing.


30
Minat tak penat walau susah dan
asyik tak serik walau payah.




 
Aram 78(c)
Teratak Seriterai


No comments:

Post a comment