Sunday, 29 December 2013

Membenci Hilang Peribadi | Menyumpah Hilang Maruah

(Jaga Lidah.
Jaga Maruah)





ILHAM MINDA 82
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
EMOSI RASA EKSPRESI KATA

(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Yang berlalu jadikan catatan dan yang
berlaku jadikan peringatan.


52
Belum panggil sudah tampil dan be-
lum suruh sudah bersungguh.


53
Tak berniat hanya melihat dan tak
berminat hanya berehat.

54
 Tiada minat buat separuh dan tiada 
  semangat buat bertangguh. 


55  
Menyanggah baik jaga lidah dan me-
nyumpah baik jaga maruah
.

56
Senang kalau berbincang tetapi su-
kar kalau bertengkar.


57
Membenci hilang peribadi dan me-
nyumpah hilang maruah
.

58
Ikut nasihat hidup selamat dan ikut
petua hidup bahagia.

59
Bergegas masa jadi pantas tp be-
rehat masa jadi lambat.


60
Makin rimas makin cemas dan ma-
kin gopoh makin kecoh.




Aram 82(f)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a comment