Monday, 23 December 2013

Ilmu Jalan Menuju Makrifat | Nafsu Jalan Menuju Maksiat

(Janji Dibayar.
 Rezeki Diikhtiar)





ILHAM MINDA 81
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
EKORAN RASA EDARAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
11
Tamat biar tercapai matlamat dan su-
dah biar mendapat faedah.


12
Terlalu belas cepat tewas dan terlalu
marah cepat kalah.

13
Ilmu jalan menuju makrifat tp nafsu
jalan menuju maksiat
.


14
Yang bergantung jadi beban dan yg
menanggung jadi korban.

15
Berkuasa ditagih janjinya dan ber-
harta ditagih simpatinya.


16
Peluang rezeki yg diikhtiar dan hu-
tang janji yg dibayar.

17
Yang dibela menjadi setia dan yang
diasuh menjadi patuh.


18
Beralas niat biar jelas dan berlan-
das buat biar ikhlas.

19
Kalau niat tak bersungguh maka
buat bertangguh.


20
Ikut kata hidup selesa tp ikut ra-
sa hidup tersiksa.

 


 
Aram 81(b)
Teratak Seriterai




No comments:

Post a comment