Monday 30 December 2013

Buat Olah Cari Masalah | Buat Masalah Cari Musibah

(Memilih Tersisih.
Menagih Berselisih)



 
 
ILHAM MINDA 83
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
EKSPEDISI RASA EKSPLORASI KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Yang terlalai saling pertikai dan yang
terleka saling bersengketa.


32
Baik cegah sebelum berbantah dan
baik marah sebelum berbalah.

33
Cuai maklumat tak sampai dan lalai
matlamat tak tercapai.


34
Yang kena cubit sakit dan yang ke-
na marah bersalah.

35
 Meminjam baik diselesaikan dan 
berazam baik ditunaikan.

36
Tak tunai selagi itu tak selesai dan
tak lunas selagi itu jelas.

37
Banyak Tingkah banyak ragam dan
byk langkah banyak resam.


38
Terlalu memilih tersisih dan terla-
lu menagih berselisih
.

39
Buat olah cari masalah dan buat
masalah cari musibah
.


40
Salah masih bercakap kasar dan
kalah masih bercakap besar.

 
 
 
Aram 83(d)
Teratak Seriterai


No comments:

Post a Comment