Monday 9 December 2013

Berusaha Kerana CIta-Cita | Berpura-Pura Kerana Cinta

(Janji Hutang.
Sumpah Musibah)





ILHAM MINDA 74
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
COLETAN RASA CORETAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
Salah jangan mengherdik dan kalah
jangan bertempik.


42
Tak terdaya jadi mangsa dan tak
tertahan jadi korban.

43
Kecil hati memencil diri dan ma-
kan hati memakan diri.


44
Perjalanan itu mencabar dan pe-
ngalaman itu mengajar.

45
Lemah jangan ditohmah dan ga-
gah jangan disanggah.

46
 Yang tua memberi idea dan yang 
muda memberi tenaga.

47
Berusaha kerana cita-cita tp ber-
pura-pura kerana cinta
.

48
Janji menjadi hutang dan sum-
pah menjadi musibah
.

49
Saat genting penting dan saat
kemuncak mustahak.


50
 Kecundang ditunggang dan 
tewas dipulas.

 


 
Aram 74(e)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment