Tuesday, 24 December 2013

Bertegas Jika Anak Malas | Berkeras Jika Anak Bebas

(Benar Iktibar.
Salah Masalah)




ILHAM MINDA 81
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
EKORAN RASA EDARAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
Kesal jangan disangkal dan gagal
jangan ditinggal.


42
Yg bersedia hasil berganda tp yg
terancang hasil cemerlang.

43
Berkawan usah berlawan dan ber-
sahabat usah bersubahat.


44
 Yg tenang saling berfikir tp yang 
tegang saling menyindir.

45
Bertegas jika anak malas dan ber- 
keras jika anak bebas
.


46
Jalan benar dapat iktibar tp jalan
 salah dapat masalah
.

47
Yg tabah dapat hidayah dan yg
 tawaduk dapat petunjuk. 


48
Sabar dalam kemenangan dan
benar dalam ketenangan.

49
Yg meminjam berhutang tp yg
menyimpan membilang.


50
Dijunjung itu bebanan dan ditang-
gung itu pengorbanan.

 


Aram 81(e)
Teratak Seriterai


No comments:

Post a comment