Friday 6 December 2013

Berhijrah Tak Beribadat | Berubah Tak Bertaubat

(Berpihak Berbalah.
Berpuak Berpecah)





ILHAM MINDA 72
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
CEGAHAN RASA CELAAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
Rambang mata tergoda dan mata ke-
ranjang mencurang.


42
Bersuara tahu melihat tetapi berkua-
sa mampu berbuat.

43
Kemahuan tanpa ruang dan kemam-
puan tanpa peluang.


44
Berbalah kerana berpihak dan ber-
pecah kerana berpuak
.

45
Bersama tak bekerjasama dan ber-
beza tak bersengketa.


46
Dihalau tak berpindah dan dipu-
lau tak berubah.

47
Berhijrah tak beribadat dan ber-
ubah tak bertaubat
.

48
Mahu tak kesempatan dan mam-
pu tak kedapatan.

49
Kekalahan itu cabaran dan ke-
salahan itu kesedaran.


50
Bincang sebelum rancang dan
muafakat sebelum buat.



 
Aram 72(e)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment