Tuesday, 10 December 2013

Belum Letih Sudah Berdalih | Belum Lelah Sudah Berhelah

(Arah Berlengah.
 Suruh Bertangguh)





ILHAM MINDA 75
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
CUBITAN RASA CUITAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

21
Disuruh jangan bertangguh dan di-
arah jangan berlengah
.


22
 Dapat banyak berlagak dan dapat 
sedikit mengungkit.

23
Belum letih sudah berdalih dan be-
lum lelah sudah berhelah
.


24
Tak sedar orang berkejar dan tak
ikut orang berebut.

25
Malas peluang terlepas dan lalai
peluang terabai.


26
Kalah hilang kesabaran dan sa-
lah hilang kebenaran.

27
Kurang lepas pandang dan ri-
ngan lepas tangan.


28
Buat silap tak cekap dan buat
salah tak amanah.

29
Buat pintar terbiar dan buat bi-
jak terlajak.


30
Banyak masa terleka dan ba-
nyak waktu termangu.

 

 
Aram 75(c)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a comment