Sunday, 15 December 2013

Banyak Amal Makin Patuh | Banyak Modal Makin Angkuh

(Membangkang Salah.
Menentang Kalah) 

 



 
ILHAM MINDA 77
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DAMBAAN RASA DAKWAAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

1
Merintang patah menghalang rebah dan mem-
bangkang salah menentang kalah.


2
Baik damaikan melalui musyawarah daripada
selesaikan melalui mahkaman.

3
Mengata bersengketa, menyanggah berte-
lingkah dan menuduh bergaduh.


4
Usah memberi makluman masa resah dan
usah memberi hukuman masa marah

5
Maaf itu kemenangan jika sabar dan insaf
Itu ketenangan jika sedar.


6
Semakin marah semakin lemah tetapi se-
makin tabah semakin gagah.

7
Musuh kian lemah kita kian kuat tetapi mu-
suh kian kuat kita kian gawat.


8
 Lemah dek berpecah bukan masalah dan 
kuat dek muafakat bukan semangat.

9
Yang lemah menyerah jika kalah tetapi yg
gagah mengalah jika salah.


10
Yang banyak amal kian patuh tetapi yang
banyak modal kian angkuh





 
Aram 77(a)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a comment