Friday, 15 November 2013

Kian Berilmu Kian Bernas | Kian Bernafsu Kian Ganas

(Ruang Bergerak.
Peluang Bertindak)





ILHAM MINDA 64
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
ACUHAN RASA ASUHAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
1
Masa tidak memaksa untuk mara dan ti-
dak menunggu untuk maju.


2
Masa tak berpihak untuk kehendak dan
 tak bersangsi untuk janji.

3
Masa itu ruang untuk bergerak dan ma-
sa itu peluang untuk bertindak.

4
Makin berilmu makin bernas tetapi makin
bernafsu makin ganas.

5
Ilmu mendorong buat manfaat tetapi naf-
su mendorong buat maksiat.

6
Ilmu menjadikan mereka adil tetapi naf-
su menjadikan mereka jahil.

7
Ilmu menjadikan manusia mulia tetapi
nafsu menjadikan manusia hina.


8
Semakin tahu semakin matang tetapi se-
 makin dungu semakin malang.

9
Kerana harta mereka bermusuhan dan
kerana kuasa mereka berbunuhan.
   

10
Hilang amanah saling memfitnah tetapi
datang keinsafan saling bermaafan.



 
Aram 65(a)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment