Tuesday 12 November 2013

Expectation Of Wisdom | Merit Of Excellence

(Fitrah Insan.
Akidah Ihsan)


 



MUKADIMAH
(Pembangunan Kendiri)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Slogan 2001
(Kecemerlangan Melalui Persaingan)


Sesungguhnya pendidikan adalah tuntutan anbiya dan amanah profesion untuk memelihara dan menyuburkan fitrah insan dan meningkatkan akidah ihsan, di samping mengimbangkan potensi intellectual dan spiritual.

Mencipta dan menyempurnakan kejadian
seta menjadikannya seimbang.
(Al Infithar: 7)

Melalui  proses prymid of actualization, penciptaan bermula dari impian, harapan, matlamat, strategi, misi dan visi. Walau bagaimanapun penciptaan ini harus bermula dengan mengenali dan meneroka potensi diri untuk mengembangkan dan meningkatkan prestasi diri, terutamanya keupayaan intelektual. Memikirkan tentang diri sendiri  iaitu 'siapa aku sebenarnya' dan 'mengapa aku diwujudkan', cogito ergo sum (Rene Descartes) yang bermaksud ‘aku berfikir aku wujud’.

Sesungguhnya pada dirimu sendiri mengapa
tidak kamu renungkan?
(Adzriyat: 2)

Justeru sebagai architect of scenario, sikap dan pemikiran kita perlu do onself justice dan age quod agis (be serious in what you do). Memenuhi expectation of wisdom dan merit of excellence, untuk membina sinario optimistic  dan iklim pembelajaran yang kondusif. 

Sesungguhnya kita tak perfect tetapi kadangkala imperfect man makes perfect work. Maka bersedialah untuk menerima kritikan  dan kesilapan sebagai moment of truth dan turning point untuk berubah kepada yang lebih baik. Mudahan-mudahan kita akan memperolehi keberuntungan daripada pengorbanan edu-jihad demi masa depan para pelajar.

Allah tidak merobah keadaan sesuatu
kaum sehingga mereka merubah apa yang
ada pada diri mereka sendiri.
(Ar Rad: 11)


Dan berjihadlah kepada jalan-Nya, supaya 
kamau dapat keberuntungan.
(Al Maidah: 35)



ARAM 36
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu   












No comments:

Post a Comment