Thursday 21 November 2013

Brcinta Berkali-Kali Berkahwin Sekali | Bercinta Sekali Berkahwin Berkali-Kali

(Menang Riyak.
Senang Bongkak)





ILHAM MINDA 66
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BAWAAN RASA BELAAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
1
Bercinta dan berkahwin sekali usah becin-
ta dan berkahwin berkali-kali
.

2
Yang senang menjadi bongkak dan yang
menang menjadi riyak
.

3
Yang berjaya kerana tawakal tetapi yang
kecewa kerana tangkal.


4
Yang muda sabar jika sukar dan yang
tua tabah jika susah.

5
Yang rugi mencari simpati dan yang ma-
lang mencari peluang.

6
Sihat bukan kerana banyak rehat dan se-
nang bukan kerana banyak wang.

7
Yang beramal hidupnya cekal tetapi yang 
meramal hidupnya gagal.


8
Jika ternama kerja biar sempurna dan ji-
ka terbilang kerja biar cemerlang.

9
Jika seorang ketua itu saksama pengi-
kut sama-sama berpaut.
   

10
 Menuntut sebelum datang maut dan 
beramal sebelum datang ajal.

 


 
Aram 67(a) Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment