Saturday 30 November 2013

Berwang Menghitung Laba | Berhutang Menanggung Bala

(Sayang Menghilang.
Kasih berselisih)



 
ILHAM MINDA 69
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BISIKAN RASA BINGKISAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
41
Jika yang muda menggelabah maka
yang tua melatah.


42
Sayang lama-lama menghilang dan
kasih lama-lama berselisih.

43
Kian rapat kian jadi teguh dan kian
dapat kian jadi acuh.

44
Berwang menghitung laba tetapi ber-
hutang menanggung bala
.

45
 Berwang mencari peluang tetapi 
berhutang mencari malang.


46
Diduga kian mencuba-cuba dan di-
goda kian mengada-ada.

47
Dengki kian mahu, benci kian rin-
du dan berahi kian malu.


48
 Buat diam kena kecam dan buat 
takut kena ugut.

49
Tak kuat jangan angkat dan tak
larat jangan buat.

50
Yang gagal merayau dan yang
nakal mengacau.





 Aram 69(e)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment