Wednesday 13 November 2013

Bahagia Kerana Setia | Malang Kerana Curang

(Jujur Terlanjur.
Ikhlas Terbabas)



ILHAM MINDA 64
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
ACUAN RASA ADUNAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
21
Lawan jika musuh kian lemah dan tawan
jika musuh kian kalah.


22
Tawan kawan dengan simpati dan ta-
wan lawan dengan strategi.

23
Kata-mengata bersengketa dan tuduh-
menuduh bergaduh.

24
Bahagia kerana setia tetapi malang 
kerana curang
.

25
Yang yakin jadi pemimpin dan yang
takut jadi pengikut.


26
Saling taat hidup selamat dan saling
setia hidup sejahtera

27
Saling patuh tak bergaduh dan sa-
ling setia tak bersengketa.


28
Terlalu jujur kena cukur dan terlalu
ikhlas kena pulas.

29
Jujur terlanjur, ikhlas terbabas dan
lurus terjerumus.

   
30
Langkah mula biar mara dan lang-
kah dulu biar maju.




 
Aram 64(c)
Teratak Seriterai






No comments:

Post a Comment