Thursday, 31 October 2013

Seia Saling Percaya | Serasi Saling Berkongsi

(Kaya Berleka.
 Mewah Bermegah)





ILHAM MINDA 60
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
MELARAT RASA MENYESAT KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Mudah cemas mudah tewas dan mudah bim-
bang mudah kecundang.


52
Ingin biar yakin, mahu biar mampu dan hen-
dak biar bertindak.

53
Yang suka menyangkal akan gagal dan yang
suka menyanggah akan kalah.


54
Suka mengadu itu mengampu dan suka me-
ngampu itu menipu.

55
Yang saling seia saling percaya dan yang
saling serasi saling berkongsi.


56
Jangan lalai kalau berasa pandai dan ja-
ngan asyik kalau berasa cerdik.

57
Jangan degil kalau dipanggil dan jangan
 marah kalau diarah.

58
Jangan berleka-leka jika-kaya dan jangan
bermegah-megah jika mewah.

59
Rumit itu menggamit, payah itu menga-
cah dan sukar itu mencabar.

   
60
Yang setia sentiasa bersedia dan yang
taat sentiasa berkhidmat.
 
 
 
 
Aram 60(f)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment