Thursday 31 October 2013

Menang Kerana Tipu Helah | Kecundang Kerana Nafsu Serakah

(Hormat Kian Taat.
 Percaya Kian Setia)





ILHAM MINDA 60
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
MELARAT RASA MENYESAT KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
Membimbing tangan itu mengajar tetapi
menyinsing lengan itu mencabar.


42
Yang bercekak pinggang itu akhirnya ber-
gasak di gelanggang.

43
Terdesak terpaksa berpihak tetapi berdi-
kari sentiasa berkecuali.


44
Mencari punca pada rahsia dan menca-
cari jawapan pada keajaiban.

45
Yang sabar akui kekalahan dan yang 
 benar akui kesalahan.


46
Yang gagal biar cekal manakala yang
kalah biar tabah.

47
Menang dengan tipu helah itu kecun-
dang dengan nafsu serakah
.

48
Yang tabah payah menyerah tetapi yang
gundah mudah menyerah.

49
Kian acuh kian patuh, kian hormat kian
taat dan kian percaya kian setia.

   
50
Jika curiga orang tak percaya dan jika
sangsi orang tak simpati. 
 
 
 
 
Aram 60(e)
Teratak Seriterai







No comments:

Post a Comment