Monday 28 October 2013

Hati banyak Berjanji | Lidah Banyak Bersumpah

(Masalah Berbalah.
 Angkara Bersengketa)





ILHAM MINDA 60
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
MELARAT RASA MENYESAT KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Adakala apabila tahu dia faham dan apa-
bila mahu dia diam.


32
Hati lebih banyak memberi janji dan lidah
lebih banyak memberi sumpah
.

33
Kesepian dek tak tercapai impian dan ke
gelapan dek tak tercapai harapan.

34
Masa sihat baik beringat-ingat dan masa
sejahtera baik berjaga-jaga.

35
Kebimbangan tanpa pertimbangan dan
 kesangsian tanpa keserasian. 


36
Langkah searah jalan sehaluan dan sam-
pai tercapai dapat sependapat.

37
Langkah bertelingkah, jalan berdahulu-
an dan sampai pertikai.

38

Kerana masalah berbalah dan kerana
angkara bersengketa
.

39
Tiada jalan mudah untuk sudah dan tia-
da jalan singkat untuk tamat.

   
40
Di sebalik salah ada benarnya dan di
sebalik susah ada ikhtiarnya.





Aram 60(d)
Teratak Seriterai






No comments:

Post a Comment