Saturday 12 October 2013

Di Mata Biar Berupa | Di Hati Biar Bersemi

(Lembut Berpaut.
 Indah Bercambah)



ILHAM MINDA 57
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
MELAYANG RASA MEMBAYANG KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Yang bersabar akhirnya menang tetapi yang
mencabar akhirnya kecundang.


52
Banyak bercakap kurang mengharap tetapi
banyak mengharap kurang mendapat.

53
Menolak memberi seribu alasan dan berke-
hendak memberi seribu ulasan.


54
Malu biar bertempat, mahu biar bersyarat
dan setuju biar beradat.

55
Yang dijangka tak sama jika bermula dan
yang difikir tak sama jika berakhir

56
Berikhtiar sebelum mengalah dan bersabar
sebelum menyerah.

57
Terleka jika terlalu di bela dan terlalai jika
selalu dibelai.


58
Sampai di mata biarlah berupa dan turun
di hati biar bersemi.

59
Yang bersalah mencari helah dan yang ber-
masalah lari daripada masalah.

   
60
Cinta itu lembut berpaut, halus tercetus, seni
bersemi dan indah bercambah.




 
Aram 57(f)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment