Tuesday 22 October 2013

Berkuasa Saling Bersengketa | Berpengaruh Saling Bermusuh

(Tunduk Malu.
Angguk Mahu)





ILHAM MINDA 59
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
MELARUT RASA MELALUT KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Yang senang salah guna harta dan yang
menang salah guna kuasa.


32
Kerja tergendala jika berleka dan usaha
terbengkalai jika terlalai.

33
Yang benar sentiasa tenang dan yang sa-
bar sentiasa menang.


34
Yang sabar diuji cabaran dan yang berikh-
tiar diuji kesukaran.

35
IT berkembang kita terkebelakang dan IT
tercanggih kita tersisih


36
Dapat mujur jangan berundur dan dapat
rezeki jangan bersembunyi.

37
Kalau susah baik bermuhasabah dan ka-
lau mewah baik bersedekah.


38
Saling hormat saling patuh tetapi saling
berkhianat saling menuduh.

39
Lebih baik saling membantu daripada 
saling menipu.
   
40
Berkuasa saling bersengketa dan ber-
pengaruh saling bermusuh
.




 
Aram 59(d)
Teratak Seriterai













No comments:

Post a Comment