Monday 14 October 2013

Berangan Lepas Tangan | Berkhayal Hilang Akal

(Dekat Bersubahat.
 Rapat Terlibat)





ILHAM MINDA 58
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
MENAWAR RASA MELAKAR KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
11
Sinsing lengan untuk mencabar tetapi geng-
gam tangan untuk bersabar.


12
Memburu cinta kerana rindu dan memburu
cita-cita kerana ilmu

13
Jangan dekat nanti bersubahat dan jangan
rapat nanti terlibat.


14
Ramai yang buat kerana hadiah tetapi se-
dikit yang dapat kerana faedah.

15
Yang muda berbuat kerana faedah dan
yang tua berbuat kerana ibadah.


16
Tersalah kata kena cerca dan tersalah se-
but kena ugut.

17
 Baik mara kalau berjaya dan baik undur 
kalau tersungkur.


18
Belajar itu ibadah jadi faedah dan me-
ngajar itu amanah jadi sedekah.

19
Baik mencari ilmu selagi mahu dan ba-
ik menjadi guru selagi mampu.

   
20
Berangan-angan lepas tangan dan ber-
khayal-khayal hilang akal.




 
Aram 58(b)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment