Saturday 5 October 2013

Belayar Tanpa Radar | Berlabuh Tanpa Sauh

(Maklumat Dicatat.
 Mandat Dibuat)





ILHAM MINDA 56
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
MENAWAN RASA MELAYAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
41
Takkan terselam jika terlalu dalam dan tak-
kan terdaki jika terlalu tinggi.


42
Yang terlalu tinggi kita tak peduli dan terla-
lu rendah kita tak endah.

43
Dapat maklumat dicatat, dapat nasihat di-
ingat dan dapat mandat dibuat.

44
Agihan bukan pilihan, arahan bukan kerah-
an dan penentuan bukan tumpuan.

45
Kurang percaya kurang bersedia dan ku-
rang yakin kurang berdisiplin.


46
Tak kisah kerjanya bermasalah dan tak pe-
duli kerjanya terhenti.

47
Yang rajin kerjanya bersungguh tetapi yang
 main kerjanya bertangguh.

48
Jika langkah tak mengikut tujuan maka 
arah tak mengikut panduan.

49
Kadang-kadang yang tegas menindas
dan yang lembut mengarut.

   
50
Bagai kapal tanpa bekal, belayar tanpa
radar
dan berlabuh tanpa sauh.



 
Aram 56(e)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment