Wednesday 16 October 2013

Alah Pilu Karana Selalu | Alah Bisa Kerana Biasa

(Salah Berunding.
 Susah Berganding)




ILHAM MINDA 58
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
MENAWAR RASA MELAKAR KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

21
Yang lebih keliru takkan tahu dan yang le-
bih faham takkan waham.


22
Dengar nasihat hidup selamat tetapi de-
ngar fitnah hidup musnah.

23
Jika ketua bertindak ikut rasa maka pengi-
kut bertindak ikut mulut.


24
Suami jadi hebat jika bersabar dan isteri
jadi taat jika mendengar.

25
Pengikut menurut jika ketua meminta teta-
pi merungut jika ketua memaksa.


26
Mudah beri alasan daripada jawapan dan
mudah cari saksi daripada bukti.

27
 Alah pilu kerana selalu, alah pedih kerana 
gigih dan alah bisa kerana biasa.


28
Yang menang jangan takbur dan yang se-
nang jangan kufur.

29
Jika salah sama-sama berunding dan ji-
ka susah sama-sama berganding.

   
30
Yang kalah baik bersabar dan yang sa-
lah baik belajar.




 
Aram 58(c)
Teratak Seriterai



No comments:

Post a Comment