Monday 23 September 2013

Terkenal Baik Beramal | Termasyhur Baik Bersyukur

(Banyak Olah.
 Banyak Masalah)




ILHAM MINDA 55
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BERALIH RASA BERPILIH KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
1
Kalau buat salah kena marah dan kalau buat
Masalah kena tohmah.

2
 Jika termasyhur lebih baik bersyukur  dan jika 
terkenal lebih baik beramal.

3
Mengigau kerana perasaan risau dan mera-
cau kerana fikiran kacau.


4
Banyak laram banyak ragam dan banyak
olah banyak masalah
.

5
 Pandai berbual pandai menjual dan pandai 
bercerita pandai berniaga.


6
Saling benci saling mentohmah dan saling
dengki saling memfitnah.

7
Kalau geram jangan pendam dan runsing
jangan bising.


8
Dalam kegelapan ada sinaran dan dalam
kesilapan ada kebnaran.

9
Jahil tak mengakui kesalahan dan degil
 tak mengakui kekalahan.

   
10
Memberi bertambah rezeki tetapi memin-
ta bertambah cela.



 
Aram 55(a)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment