Sunday 22 September 2013

Tak Mampu Mengampu | Tak Upaya Menggoda

(Tunda Tak Bersedia.
 Tangguh Tak Bersungguh)




.
ILHAM MINDA 54
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BERLANDAS RASA BERALAS KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Ada suara jangan terlalu meminta dan ada ku-
asa jangan terlalu memaksa.

52
Tak mampu jangan mengampu dan tak berda-
ya jangan menggoda
.

53
Daripada mencabar baik bersabar dan daripa-
da melawan baik bertahan.

54
Yang lemah jangan mengalah dan yang ga-
gah jangan menyanggah.

55
Jangan jadi garang jika tak kenyang dan ja-
ngan jadi buas jika tak puas.

56
Bertunda jika tak bersedia dan bertangguh
jika tak bersungguh
.

57
Gempur biar teratur, serang biar terancang
dan serbu biar bersatu.


58
Rasa jangan terpaksa, dengar jangan terca-
bar dan lihat jangan terhambat.

59
Sederhana itu tak bodoh dan tak cerdik dan
tak hodoh dan tak cantik.

   
60
Kerana muhibah kita bersatu dan kerana
musibah kita berseteru.




 
Aram 54(f)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment