Tuesday, 17 September 2013

Malu Menjadi Pendiam | Cemburu Menjadi Pendendam

(Rugi Dikaji.
 Untung Dihitung)




ILHAM MINDA 54
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BERLANDAS RASA BERALAS KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
21
 Terlalu malu menjadi pendiam dan terlalu 
cemburu menjadi pendendam.


22
Yang difikirkan itu baik cakna dan yang
ditakdirkan itu baik terima.

23
 Yang mahu ada daya maju dan yang 
 ingin ada tenaga batin.


24
Bersetuju mereka bersatu padu tetapi
berbalah mereka berpecah belah.

25
Tidak bermula jika tak bersedia dan ti-
dak berbuat jika tak berminat.


26
Tenteram jika saling faham dan har-
moni jika saling mengerti.

27
Jika lebih diagih, jika untung dihitung
dan jika rugi dikaji.


28
Tak berunding cuma menuding dan tak
muafakat cuma mengumpat.

29
 Yang ambil peduli tak memberi yang 
ambil cakna tak menderma.

   
30
Selagi tabah selagi itu tak kalah dan
selagi cekal selagi itu tak gagal.

 


Aram 54(c)
Teratak Seriterai


No comments:

Post a Comment