Thursday 19 September 2013

Kata-kata Tanpa Usaha | Sesia Tanpa Cita-Cita

(Faham Itu Buat.
 Azam Itu Dapat)





ILHAM MINDA 54
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BERLANDAS RASA BERALAS KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
Pagi mencari maka petang pulang dan siang
berbincang maka malam berazam.


32
Cakap besar nanti kena cabar dan cakap gah
nanti kena sanggah.

43
Dengar itu faham, faham itu buat dan sedar
 itu azam, azam itu dapat.


44
 Bermuafakat itu amanah, berbuat itu ibadah 
dan mendapat itu faedah.

45
Cita-cita tanpa usaha itu kata-kata dan usa-
ha tanpa cita-cita itu sesia.


46
Kefahaman itu keinginan berbuat dan kea-
zaman itu keyakinan mendapat.

47
Bersedia kerana mahu berbuat dan berja-
ya kerana mampu mendapat.


48
Ada kemahuan ada jalan dan ada kemam-
puan ada harapan.

49
Yang hilang suara kena angguk dan yang
hilang kuasa kena tunduk.

   
50
 Sudah terpaksa baru berkehendak dan 
sudah tersiksa baru bertindak.




Aram 54(e)
Teratak Seriterai





No comments:

Post a Comment