Sunday 15 September 2013

Bekerja Kerana Wang | Berusaha Kerana Peluang

(Faham Tenteram.
Geram Terancam)





ILHAM MINDA 53
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BERBELAH RASA BERALAH KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
41
Menyanggah jika ditegah dan menyumpah
jika dimarah.


42
Melawan sentiasa ditekan dan mengalah
sentiasa diarah.

43
Masa muda cari kesenangan tetapi masa
tua cari ketenangan.


44
Yang berharta tempat bergantung dan 
Yang berkuasa tempat berlindung.

45
Berkata kepada yang percaya dan ber-
tutur kepada yang jujur.


46
Yang berharta bertimbang rara dan yang
berkuasa bertimbang tara.

47
Tenteram jika saling faham tetapi teran-
cam jika saling geram
.


48
Menunggu ruang untuk bergerak dan me-
nunggu peluang untuk bertindak.

49
Hanya bekerja mencari wang tetapi tidak
 berusaha mencari peluang.

   
50
Yang bertengkar dapat lelah tetapi yang
berikhtiar dapat faedah. 




 
Aram 53(e)
Teratak Seriterai






No comments:

Post a Comment