Tuesday 24 September 2013

Alpa Kerana Harta | Gila Kerana Kuasa

(Menuntut Harta.
 Berebut Kuasa)


 

ILHAM MINDA 55
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BERALIH RASA BERPILIH KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
21
 Yang lebih tahu mendahului manakala yang 
buntu lebih diragui.


22
 Yang ditanggung cuma bergantung dan yang 
dibantu hanya mengampu.

23
Yang berhak saling menuntut harta dan yang
 berpihak saling berebut kuasa


24
Jangan hilang akal jika gagal dan jangan
hilang maruah jika kalah.

25
Baik berilmu daripada berharta dan baik
berguru daripada bertapa.


26
Marah tak pendam itu ketenangan tetapi
kalah tak geram itu kemenangan.

27
Mereka jadi alpa kerana harta dan mere-
ka jadi gila kerana kuasa.


28
Hidup hancur kerana tak jujur dan mus-
nah kerana tak amanah.

29
Menyerang untuk mengaut harta dan ber-
perang untuk merebut kuasa.

   
20
Yang tahu baik tinggalkan pesan dan
yang mahu baik carikan jalan.




 
Aram 55(c)
Teratak Seriterai








No comments:

Post a Comment