Wednesday 7 August 2013

The Right To Sight | The Right To Fight

(Terang Bersuluh.  
  Ulang Bersungguh) 
 
 
 
 
Januari 1999
(Ucap Utama)
 
  Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 
Slogan 1999
(Pengurusan Melalui Objektif) 


Izinkan saya mengulangi ungkapan profesional sebagai cetusan minda untuk intellectual discovery behind the iron curtain. Malah kata-kata yang selalu diulang itu akhirnya menjadi kebenaran, iaitu the right to sight and the right to fight. Fight what is right.
 
 
Sudah terang lagi bersuluh
Apabila diulang tanda bersungguh.
(Aram)
 
 
Saperti air yang sentiasa mengalir, akhirnya dapat meruntuhkan 'iron curtain' yang menghalang interaksi global mind dan persepsi borderless mentality. Saya percaya kerja yang dilakukan berulang kali itu dapat, meningkatkan kecekapan dan kemahiran, di samping memupuk keyakinan diri dan meningkatkan kefahaman tentang masa depan. We are what we repeatly do (Aristotle).
 
 
Mereka yang membuat kerja berulang kali
akan dapat meningkatkan kemahiran.
(Che Det) 
 
 
Daya  berfikir juga dapat ditingkatkan. Mind is power, iaitu kuasa yang dapat mengatasi segala halangan. Sesungguhnya kekuatan ini memberi keyakinan untuk merealisasikan matlamat Matang Bestari. Keyakinan adalah separuh kejayaan, dan selebihnya adalah keazaman dan tawakal.
 
 
Apabila kamu telah berazam, maka
bertawakallah kepada Allah.
(Al 'Imran: 159)
 
 
Dan bahawasanya sesorang itu tidak
memperolehi selain apa yang diusahakannya.  
(Al Najm: 39)
 
 
Dan usahanya itu kelak akan diperlihatkan. 
(Al Najm: 40) 
 
 
 ARAM 
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
 
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu Darul Iman      
   

 


No comments:

Post a Comment