Tuesday 27 August 2013

Rasuah Hilang Maruah | Subsidi Hilang Digniti

(Susah Berikhtiar.
Kalah Bersabar)





ILHAM MINDA 51
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BERDEBAR RASA BERLEGAR KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

1
Kerana rasuah hilang maruah dan kerana sub-
sidi hilang digniti
.

2
Yang berhati-hati dipuji tetapi yang bermuka-
muka dicela.

3
Tepuk dada tanya niat, dabik dada naik sema-
ngat dan buka dada tunjuk kuat.


4
Makin cemas makin lemas dan makin resah
makin  susah.

5
Kita niat kita ingat, kita ingat kita buat dan ki-
ta buat kita dapat.


6
Kita buat bergantung pada niat dan kita dapat
bergantung pada minat.

7
Yang susah hendaklah berikhtiar dan yang ka-
lah hendaklah bersabar
.


8
Banyak berjaga daripada tidur ialah banyak
bersedia daripada undur.
   
9
Yang kian sesat kian melarat tetapi yang ki-
an sampai kian tercapai.

   
10
Baik berhanyut daripada terapung dan baik
tersangkut daripada tergantung.




 
Aram 51(a)
Teratak Seriterai




No comments:

Post a Comment