Sunday 25 August 2013

Maruah Menghalang Rasuah | Rasuah Menghilang Maruah

(Tampil Terampil.
Terampil Berhasil)




ILHAM MINDA 50
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DICUCUH RASA DISULUH KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

11
Biar maruah menghalang rasuah tetapi jangan
Biar rasuah menghilang maruah

12
Mendengar biar belajar, melihat biar menca-
tat dan berbuat biar mendapat.

13
Baik berwaspada sebelum mencuba dan baik
beringat sebelum berbuat.

14
Dipanggil biar tampil, menampil biar terampil
dan terampil biar berhasil.


15
Jangan percaya selagi belum mencuba dan
jangan yakin selagi belum bermain.

16
Tidak semudah saperti yang dimadah dan ti-
dak sesenang saperti yang dicanang.

17
Jangan memencil jika tidak dipanggil dan ja-
ngan merajuk jika tidak dirujuk.

18
Jika marah usah sesekali bertelagah dan jika
geram usah sesekali berdendam.
   

19
Yang buat-buat tahu itu terdesak dan yang
 pura-pura tahu itu berlagak.
   
20
Tahu itu pandai tetapi tak tahu itu lalai dan
yang tak mahu itu tergadai.




Aram 50(b)
Teratak Seriterai



No comments:

Post a Comment