Thursday 29 August 2013

Sakit Kaki Jadi Lebam | Sakit Hati Jadi Dendam

(Mahu Tertipu.
Percaya Terpedaya)





ILHAM MINDA 51
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BERDEBAR RASA BERLEGAR KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

11
Yang banyak diam banyak berazam tetapi yang
banyak cakap banyak mengharap.


12
Kalau sakit di kaki itu menjadi lebam maka sakit
di hati itu akan menjadi dendam
.

13
Yang diam lebih banyak berfikir manakala yang
pejam  lebih banyak lagi berzikir.


14
Lebih banyak diam lebih banyak faham tetapi
lebih banyak cakap lebih banyak silap.

15
Jika tak tahu jangan sesekali diam dan jika tak
mahu jangan sesekali geram.


16
Ramai yang percaya ramai tepedaya dan ra-
mai yang mahu ramai tertipu.

17
Yang takut sentiasa mengikut dan yang gagah
 sentiasa menyanggah.

18
 Susah hari ini untuk senang masa depan dan 
Kalah hari ini untuk menang masa depan.
   
19
Memberi sedekah menambah pahala tetapi
memberi rasuah menambah dosa.

   
20
Tiap penantian penuh dengan debaran dan tiap
pencarian penuh dengan cabaran.



 
Aram 51(b)
Teratak Seriterai





No comments:

Post a Comment