Monday 22 July 2013

Menunduk Terhantuk | Mendongak Terhenyak

(Besar Mencabar.
Gagah Menyanggah)






ILHAM MINDA 46
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DIANJUNG RASA DISANJUNG KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Yang bijak jangan sesekali berlagak dan yang
jahil jangan sesekali berdegil.


52
Baik berunding daripada menunuding dan baik
berbincang daripada menentang.

53
Jangan merusuh jika tak ada saksi dan jangan
menuduh jika tak ada bukti.


54
Kalau ramah biar lebih berhemah dan kalau
berhemat biar lebih selamat.

55
Jika terasa besar jangan mencabar dan jika
terasa gagah jangan  menyanggah.


56
Salah jangan dimarah tetapi ditegah dan
rasuah jangan disanggah tetapi dicegah.

57
Jangan menunduk nanti orang hantuk dan
 jangan mendongak nanti orang henyak.


58
Kalau berkehendak jangan ragu-ragu dan
kalau bertindak jangan buru-buru.

59
Jika buat hanya setakat yang tahu maka
dapat hanya setakat yang mampu

60
 Yang berharta hidupnya tak tenang dan 
Yang berkuasa hidupnya tidak senang.


 



 
Aram 46(f)
Teratak Seriterai





No comments:

Post a Comment