Friday 19 July 2013

Rancang Hasil Cemerlang | Teliti Hasil Berkualiti

(Paksa Tersiksa.
Desak Tersesak)




 
ILHAM MINDA 45
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DISUSUK RASA DITUSUK KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Kadang-kadang lebih baik bising kalau run-
sing dan lebih baik diam kalau geram.


52
semakin terpaksa semakin meminta dan se-
makin terdesak semakin berkehendak.

53
Yang bersedia hidupnya lebih selesa dan
yang merancang hidupnya lebih senang.


54
Kerja secara terpaksa kita tersiksa dan ker-
ja secara terdesak kita tersesak.

55
Sedia hasil berganda, rancang hasil ce-
merlang dan teliti hasil berkualiti.

56
Jangan mengalah nanti kena tohmah dan
jangan menyerah nanti kena sumpah.

57
Banyak ceramah kita akan ditohmah dan
banyak kerenah kita akan difitnah.


58
Pandai ceramah tetapi tak berhemah dan
pandai kutbah  tetapi tak berubah.

59
Jika tidak mahu jangan merapu dan jika ti-
 dak malu jangan merayu.


60
Keputusan itu biar dengan ketulusan dan
kelulusan itu biar dengan ketelusan.


 




 
Aram 45(g)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment