Monday, 1 July 2013

Dibelai Mudah Terlalai | Dipujuk Mudah Tertunduk

(Simpati dicaci.
 Belas dipulas)






 
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


 



 
ILHAM MINDA 42
DIPUJUK RASA DIPUPUK KATA
 (Short saying drawn from long experience)


26

Kita tidak
lemah untuk berlawan tetapi kita tidak ta-
bah untuk bertahan.

27

Jangan terlalu
mengharap nanti tertiarap dan jangan
terlalu meminta nanti tercela.


28

Sekali mahu
berkali-kali meminta tetapi sekali malu
 berkali-kali menderita.

29

Mengharap
simpati akan dicaci manakala meng-
harap belas akan dipulas.


30

Mudah dipujuk
mudah tertunduk dan mudah dibe-
lai mudah terlalai.

 



 
Aram 43(f)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment