Sunday 21 July 2013

Buat Kerana Niat | Dapat Kerana Minat

(Meminta Memaksa.
Merayu Mengampu)







ILHAM MINDA 46
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DIANJUNG RASA DISANJUNG KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Kita lemah apabila sentiasa marah tetapi kita
gagah apabila sentiasa tabah.


32
Apabila muafakat kita menjadi kuat tetapi
apabila bertelagah kita menjadi lemah.

33
Semakin patuh semakin bersungguh tetapi
semakin ingkar semakin mencabar.


34
Yang muda kian diselar kian mencabar te-
tapi yang tua kian dicabar kian bersabar.

35
Apabila lemah mereka menyerah tetapi
apabila gagah mereka menyanggah.


36
Cepat mengalah jika kerja itu payah tetapi
lambat sudah jika kerja itu mudah.

37
Terlalu sayang, anak tidak taat dan terla
lu garang, anak tidak hormat.


38
Kita buat bergantung kepada niat dan kita
dapat bergantung kepada minat.

39
Tak menjadi rugi jika banyak memberi dan
tak menjadi harta jika banyak meminta.


40
Yang meminta jangan cuba memaksa dan
yang merayu jangan cuba mengampu.


 




Aram 46(d)
Teratak Seriterai
















   






No comments:

Post a Comment