Thursday 18 July 2013

Berkata Berpada-Pada | Berbuat Beringat-Ingat

(Berfikir Bertindak.
 Berzikir Berkehendak) 





ILHAM MINDA 45
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DISUSUK RASA DITUSUK KATA
(Short saying drawn from long experience)
 (One man’s wit is all men’s wisdom)

21
Tidak semua yang kita dengar itu benar
dan tidak semua yang kita cakap itu silap.


22
Gerak kaki mengikut rentak irama mana-
kala gerak hati mengikut rentak sukma.

23
Selagi ada umur jangan sesekali undur
dan selagi ada usia jangan sesekali sesia.

24
Yang dicadang menjadi perbincangan
dan yang dibincang menjadi rancangan.

25
Yang kurang berfikir banyak bertindak dan
yang kurang berzikir banyak berkehendak.

26
Berkata berpada-pada, berbuat beringat-
ingat
dan bertindak beragak-agak.

27
Kesedaran itu jarang sekali bersembunyi
kerana kebenaran itu datang mencari.


28
Jika suruh sekali patuh, jika patuh sekali
acuh dan jika acuh sekali bersungguh.

29
Kian ikhtiar kian banyak jalan keluar tetapi
kian malu kian banyak jalan buntu.


30
Yang dipacak biarkan memuncak manaka-
la yang dipancang biarkan menunjang.

 
 


 
Aram 45(e)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment