Saturday 11 May 2013

Yang Terjadi Bererti | Yang Berlaku Berestu

(Lihat ada ibarat.
Dengar ada iktibar) 
 



(177)
‘Beruntung’
Bicara Tok Ngah
16 Julai 2011
3.23 petang

 ARAM 

Setiap yang terjadi itu
akan membawa erti

dan setiap yang berlaku itu
akan membawa restu
.
Kadang-kadang
di sebalik yang kita lihat
ada ibarat
dan di sebalik yang kita dengar
ada iktibar.
Hanya yang taat
dapat melihat
dan hanya yang sabar
dapat mendengar.
Melihat kebesaran yang tersirat
dan mendengar kejahilan yang tegar. 


Justeru hanya yang tawaduk
akan diberi petunjuk
dan hanya yang beribadah
akan diberi hidayah.
Yang makin taat itu
hidupnya makin berkat
dan yang makin akur itu
hidupnya makin makmur.
Bahawa sesungguhnya
hanya yang mendapat perlindungan-Nya
akan mendapat keberuntungan-Nya.

 

 
Maka itulah yang
mendapat petunjuk Tuhannya
dan merekalah orang-orang
yang beruntung.

(Al Baqarah: 5)

 


 
Arambayu 177
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment