(Biaya dari bapa.
Restu dari ibu)
Restu dari ibu)
(181)
‘Derhaka’
Bicara Tok Ngah
20 Julai 2011
5.57 sore
ARAM
Anak yang sentiasa diasuh
akan menjadi patuh
dan apabila besar
dia tidak akan menjadi angkuh.
Apabila sentiasa ditegur
dia akan menjadi lebih akur
dan tidak sesekali
menjadi takbur.
Mereka juga sentiasa taat
dan sentiasa pula
mendengar nasihat.
Mereka setia
dan sentiasa mendengar kata.
Belum diminta
mereka sudah bersedia,
belum disuruh
mereka sudah bersungguh
dan belum diperingat
mereka sudah berbuat.
Mereka sentiasa mendengar
dan tidak sesekali ingkar.
Mereka tidak sesekali menderhaka
kepada ibu bapa.
Justeru mereka mendapat biaya
dari bapa
dan mendapat restu dari ibu.
‘Derhaka’
Bicara Tok Ngah
20 Julai 2011
5.57 sore
ARAM
Anak yang sentiasa diasuh
akan menjadi patuh
dan apabila besar
dia tidak akan menjadi angkuh.
Apabila sentiasa ditegur
dia akan menjadi lebih akur
dan tidak sesekali
menjadi takbur.
Mereka juga sentiasa taat
dan sentiasa pula
mendengar nasihat.
Mereka setia
dan sentiasa mendengar kata.
Belum diminta
mereka sudah bersedia,
belum disuruh
mereka sudah bersungguh
dan belum diperingat
mereka sudah berbuat.
Mereka sentiasa mendengar
dan tidak sesekali ingkar.
Mereka tidak sesekali menderhaka
kepada ibu bapa.
Justeru mereka mendapat biaya
dari bapa
dan mendapat restu dari ibu.
Dan bukanlah
ia orang yang sombong
dan derhaka (pada
ibu bapa).
(Maryam: 14)
ia orang yang sombong
dan derhaka (pada
ibu bapa).
(Maryam: 14)
Arambayu 181
Teratak Seriteratai
Teratak Seriteratai
No comments:
Post a Comment