(168)
‘Kebinasaan’
Bicara Tok Ngah
4 Julai 2011
4.56 petang
‘Kebinasaan’
Bicara Tok Ngah
4 Julai 2011
4.56 petang
ARAM
Semakin berbuat mungkar
semakin mereka tersasar
dan semakin berbuat maksiat
semakin mereka tersesat.
Mereka kehilangan pegangan
dan kebuntuan panduan.
Justeru mereka tercela
kerana mengikut rasa,
mereka terancam
kerana mengikut dendam
dan mereka tertunu
kerana mengikut nafsu.
semakin mereka tersasar
dan semakin berbuat maksiat
semakin mereka tersesat.
Mereka kehilangan pegangan
dan kebuntuan panduan.
Justeru mereka tercela
kerana mengikut rasa,
mereka terancam
kerana mengikut dendam
dan mereka tertunu
kerana mengikut nafsu.
Yang derhaka itu
akhirnya menjadi binasa
dan yang kufur itu
akhirnya menjadi hancur.
Sesungguhnya dosa itu
akan membawa mereka ke neraka.
Di dalam neraka mereka
akan dibakar oleh api yang menyala-nyala
dan merintih-rintih
di dalam air yang mendidih.
akhirnya menjadi binasa
dan yang kufur itu
akhirnya menjadi hancur.
Sesungguhnya dosa itu
akan membawa mereka ke neraka.
Di dalam neraka mereka
akan dibakar oleh api yang menyala-nyala
dan merintih-rintih
di dalam air yang mendidih.
Kemudian
Kami binasakan
mereka kerana dosa
mereka sendiri.
(Al An’am: 6)
Kami binasakan
mereka kerana dosa
mereka sendiri.
(Al An’am: 6)
Arambayu 168
Teratak Seriteratai
Teratak Seriteratai
No comments:
Post a Comment