Monday, 15 April 2013

Ibadat Dengan Tulus | Taubat Dengan Telus

(Ibadat jadi berkat.
 Amal jadi bekal) 
 


 

 
(164)
‘Orang Baik’
Bicara Tok Ngah
28 Jun 2011
11.55 pagi

 
ARAM

 
Lebih baik beribadat
selepas berbuat jahat
dan lebih baik bertaubat
selepas berbuat maksiat.
Beribadat memberi ruang
untuk bermuhasabah
manakala bertaubat adalah peluang
untuk mendapat hidayah.

Justeru
beribadatlah dengan tulus
dan bertaubatlah dengan telus.
Hapuskan kejelikan
dengan berbuat kebaikan
dan hapuskan dosa
dengan berbuat pahala.
Setiap hajat
akan menjadi berkat
dan setiap amal
akan menjadi bekal.
Insya Allah.

 



 
Dan
sesudah itu hendaklah
kamu menjadi orang-orang
yang baik
.
(Yusof: 9)

 
 


 
Arambayu 164
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment