Sunday 28 April 2013

Generation Gap | Generation Lap




(Soul In Need & Soul In Greed) 


 






Thursday 18 April 2013, 10.25 pm

(perplexed by exposure and relaxed by pleasure)


Balik dari kelas tuisyen: Terasa sangat generation-gap. Sukar memahami mereka, especially hidden character. Walaupun T6, pemikiran mereka lebih dewasa tetapi sikap mereka masih kebudak-budakan. Kadang-kadang  mereka ‘lebih tahu’. Terasa pula generation lap, macam ketinggalan technological knowledge. Kadang-kadang semacam ada split-personality. Mungkin double-image sydrom kerana terlalu banyak exposure dan terlalu banyak pleasure. Barangkali, too much exposure make them perplexed and too much pleasure make them relaxed. Hakikatnya, mereka makin hilang fokas dan kita pula terperangkap dengan apa yang kita cuba  lihat melalui zaman kecil kita.



Mereka suka berseronok dan berkhayal. Makin mereka berseronok makin moyok dan makin mereka berkhayal makin janggal. Kadang-kadang mereka  soul in need, jiwa yang kosong memerlukan pengisian dan kadang-kadang mereka soul in greed, jiwa mendesak untuk mencari pengisian. Sebaliknya  kita reinforce sesuatu yang tak sesuai untuk zaman mereka. Kita cuba mengisi jiwa mereka dengan ajaran dan pengalaman silam kita. Lalu kita hilang punca. Cuba berpaut  tetapi hanyut dan cuba menyelam tetapi tenggelam.  Akhirnya kita hanya menyelesaikan 1/4 daripada ice-berg problem.


No comments:

Post a Comment