Saturday, 20 April 2013

Dicabar Baik Sabar | Disanggah Baik Tabah

(Alah tak berbalah.
 Undur tak bertempur)
 





(I)

 
Lebih baik senyap
daripada bercakap.
Lebih baik patuh
daripada angkuh.
Lebih baik diam
daripada geram.
Lebih baik sabar
daripada mencabar
.
Lebih baik tabah
daripada menyanggah
.

 
 Lebih baik beringat 
sebelum terjerat.
Lebih baik mengelak
sebelum terjebak.
Lebih baik memerap
sebelum tertangkap.
Lebih baik mengalah
sebelum berbalah.
Lebih baik berundur
sebelum bertempur.


 
 



 
Ilham Aram 169
20 April 2013
10.20 malam

No comments:

Post a Comment