Saturday 27 April 2013

Cakap Akan Disingkap | Pakai Akan Dinilai

(Jujur mereka akur.
 Percaya mereka setia) 




 

 
(171)
‘Kelurusan’
Bicara Tok Ngah
7 Julai 2011
6.28 sore

 
ARAM 

 
Apa yang kita cakap 
orang akan singkap,
apa yang kita buat
orang akan lihat
dan apa yang kita pakai
orang akan nilai. 
Mereka sentiasa memerhati
walaupun kita cuba bersembunyi
dan mereka sentiasa menyelak
walaupun kita cuba mengelak.

 
Justeru
lebih baik kita tulus
dan lurus
dan lebih baik kita tegas
dan ikhlas.
Jangan mencaci
dan membenci
dan jangan bertengkar
dan mencabar.
Kalau kita jujur
mereka akan akur
dan kalau kita acuh
mereka akan patuh.
Sesungguhnya
mereka akan taat
kalau kita hormat,
mereka akan setia
 kalau kita percaya
dan mereka akan tulus
kalau kita telus.


 


 
Selamanya mereka
berlaku lurus terhadapmu,
hendaklah kamu berlaku lurus
terhadap mereka.

(At Taubah: 7)

 
 



 
Arambayu 171
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment