Monday, 22 April 2013

Bincang Usah Bangkang | Runding Usah Tunding

(Berpakat tak subahat.
 Bersatu tak berseteru)







(II)
 

Lebih baik bersimpati
daripada mengeji.
Lebih baik membantu
daripada membatu.
Lebih baik menolong
daripada menyombong.
Lebih baik berkongsi
daripada berdengki.
 Lebih bersalam 
daripada berdendam.

 
Lebih baik berbincang
daripada membangkang
.
Lebih baik berunding
daripada menuding
.
 Lebih baik berdamai 
daripada bertikai.
Lebih baik bermuafakat
daripada bersubahat
Lebih baik bersatu
daripada berseteru.


 

 


 
Ilham Aram 170
22 April 2013
10.15 pagi

No comments:

Post a Comment