Sunday, 3 March 2013

Tak Tegur Tersungkur | Tak Marah Bermasalah

(Tanpa petua kecewa
Tanpa nasihat melarat)


   





(I)

 
Tak dengar kata
akhirnya tercela.
Tak dengar cakap 
akhirnya terperangkap.
Tak dengar petua
akhirnya kecewa.
Tak dengar nasihat
akhirnya melarat.
Tak dengar isyarat
akhirnya sesat.

 
Tak boleh ditegur
akhirnya tersungkur
.
Tak boleh ditegah
akhirnya rebah.

Tak boleh dimarah
akhirnya bermasalah
.
Tak boleh disuruh
akhirnya jatuh.
Tak boleh dipesan
akhirnya meraban.



 


 
Ilham Aram 147
3 Mac 2013
1.20 petang

No comments:

Post a comment