Sunday 31 March 2013

Mulia Dunia Dek Darjat | Mulia Syurga Dek Ibadat

(Tahu biar kenal.
Mahu biar cekal)






LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


 



 
ILHAM MINDA 39
MEMBURU RASA MERAYU KATA
 (Short saying drawn from long experience)


26

Di dunia manusia
mulia kerana darjat tetapi di syurga manusia
mulia kerana ibadat
.

27

Kalau tahu
biar kenal, kalau mahu biar cekal dan kalau
berilmu biar beramal.


28

Orang yang
beramal tidak bersuluh adalah umpama ka-
pal yang tidak bersauh.


29

Maut hanya menjem-
put insan yang kamil tetapi maut sentiasa
mengugut orang yang jahil.

30

Yang degil sentiasa
dalam kegagalan manakala yang jahil
sentiasa ketinggalan.

 




 Aram 39(f)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment