Wednesday, 6 March 2013

Ibarat Itu Pengajaran | Isyarat Itu Kebenaran

(Lihat jadikan ibarat.
Dengar jadikan iktibar)




       


(146)
‘Pelajaran’
Bicara Tok Ngah
16 Mei 2011
4.11 petang

 
 ARAM 

 
Setiap kejadian itu tersurat
dan setiap penga-jaran itu tersirat.
Di sebalik yang tersurat itu
ada ibarat
dan disebalik yang tersirat
 itu ada isyarat.
Maka yang berlaku itulah
yang membuatkan kita lebih tahu
dan yang terjadi itulah
yang membuatkan kita lebih mengerti.


 Sesungguhnya 
Allah jadikan siang
untuk kita pandang
dan Allah jadikan malam
untuk kita faham.
Justeru
apa yang kita lihat
jadikan ibarat,
apa yang kita dengar
jadikan iktibar
dan apa yang akan kita buat
jadikanlah ibadat.
Ibarat itu adalah pengajaran
dan isyarat itu adalah kebenaran.

 



 
Sesungguhnya kejadian
kejadian (malam dan siang) itu
mengandungi pelajaran yang membawa
iktibar bagi yang berfikir

(An Nur: 44)





Arambayu 146
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a comment