Thursday 28 March 2013

Bertanya Tak Mengerti | Meminta Tak Memberi

(Buat biar menjadi.
Dapat biar berkongsi)








(I)

 
Banyak bertanya
tetapi sedikit mengerti
.
Banyak mengata
tetapi sedikit memuji.
Banyak meminta
tetapi sedikit memberi
.
Banyak memaksa
tetapi sedikit memahami.
Banyak mengira
tetapi sedikit dibahagi.
 

Banyak melihat
tetapi sedikit bersimpati.
Banyak pendapat
tetapi sedikit mengkaji.
Banyak maklumat
tetapi sedikit diperinci.
 Banyak berbuat 
tetapi sedikit menjadi.
Banyak mendapat
tetapi sedikit berkongsi.


 



Ilham Aram 157
28 Mac 2013
6.25 sore

No comments:

Post a Comment